BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle-Surah al-Baqarah Asbab Nuzul ayat 204 (ms 62)

Go down

21122011

Post 

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle-Surah al-Baqarah  Asbab Nuzul ayat 204 (ms 62) Empty Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle-Surah al-Baqarah Asbab Nuzul ayat 204 (ms 62)




Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle

Ta'liq (komentar dan penambahbaikan) atas edisi Syamil AQ the Miracle, PT Sygma, Ina
(sambungan dari laman web jiran sebelah)

Surah al-Baqarah
Asbab Nuzul ayat 204 (ms 62)
---------------------------------------------------------

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
AQT 2:204 [Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras]

وأخرج ابن جرير عن السدي قال نزلت في الأخنس بن شريق أقبل إلى النبي صلى الله عليه وسلم وأظهر له الإسلام فأعجبه ذلك منه ثم خرج فمر بزرع لقوم من المسلمين وحمر فأحرق الزرع وعقر الحمر

terj:
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Tobari dari jalur as-Suddi, katanya, ayat ini turun berkenaan al-Akhnas bin Syariq atau Syuaraiq yang datang mengunjungi Nabi saw, menzahirkan keIslamannya hingga menakjubkan baginda saw. Sebauik sahaja dia beredar, dia melewati kebun orang Islam dan penternakan keldai (milik orang Islam), lalu dia membakar kebun tsb dan membunuh keldai-keldainya. Kemudian turunlah ayat ini.

Tahqiq: Ia dinilai dha`if kerana ia mursal as-Suddi (tabi`in, w.127, Kufah, murid Ibn Abbas ra). (Abd Razzaq al-Mehdi, tahqiq Lubab an-Nuqul lil Syuyuthi, 38)

*mursal=sanadnya terputus dari tabi`in kpd Nabi saw
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum