BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syaitan menyerang di kala manusia lemah

4 posters

Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by seijiseimura84 Sun Dec 30, 2012 3:05 pm

Dalam sejarah manusia, banyak peperangan dimenangi apabila pihak lawan mengenalpasti kelemahan musuh dan mengunakan kesempatan tersebut bagi melawan musuh. Contohnya, apabila musuh tidak bersatu padu, atau apabila kubu musuh tidak dikawal rapi dan mcm2 lagi, Begitulah peperangan manusia dan syaitan. Syaitan juga turut menyerang manusia apabila manusia di kala dalam keadaan lemah. Contoh2 keadaan lemah manusia, iaitu apabila manusia sedang kecewa, sedang kepenatan, stress, dlm keadaan marah mahupun dlm keadaan mabuk

Tak percaya? Cuba anda menilai sendiri kehidupan anda. Apabila anda balik kerja kepenatan, stress atau dlm keadaan kecewa, apakah benda pertama yg anda lakukan. Adakalanya kita sendiri tidak menyangka kita berbuat begitu. Ini juga bergantung kepada individu. Ada individu bila balik kepenatan2, sedar tak sedar, dia berada di restoran mcdonald. Ada individu tak sedar tangannya ada botol arak, atau ada sebatang rokok. Ada individu sedar tak sedar, dirinya di depan internet melayari porn.

Bila dah puas, bila merasa segar dari kepenatan, stress atau kecewa.. Tiba2 terlinntas di fikiran, kenapa aku buat perkara ini? Aku tahu benda ni haram. Baru minggu lepas aku berjanji dan bertaubat tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut. Tetapi mengapa aku melakukannya? Inilah scenario yg dihadapi oleh kebanyakan manusia. Kalau manusia beriman, dia akan merasa rendah diri, menyesal, malah tak yakin kepada diri kerana dirinya dikuasai nafsu tanda kelemahan diri. Bagi manusia tidak beriman, walau hatinya tidak tenteram, dia tidak menghiraukan, mungkin dia bersedih pun kerana merasakan perakra itu tidak sihat dan memudaratkan mereka. Maka org2 ini akhirnya hilang motivasi untuk berkeja, kerana melihat diri mereka lemah, tidak kuat melawan nafsu.

Inilah contoh2 serangan syaitan. Ia menyerang manusia bila di kala manusia dalam keadaan lemah. Sedar tak sedar, walaupun kita tahu perkara2 tersebut adalah haram, namun untuk merasa puas dari kepenatan, stress dan kecewa, secara tak sedar, ada suatu bisikan halus yg seolah2 mengerakkan jiwa ke arah perkara haram tersebut dan akal kita tidak mampu mengenalpasti bisikan tersebut kerana ketika itu kita dalam keadaan yg lemah. Bisikan halus ini sangat halus sehingga ramai manusia tidak sedar bahawa bisikan itu datang dari syaitan. Bisikan tersebut umpama sebuah headphone yg kuat diletakkan di telinga, di mana headphone ini hanyalah suara syaitan dan segala2 akal (yg berada di luar headphone) kita seperti dimute, kerana suara headphone itu lagi kuat dari suara akal yg berada di luar. Ketika itulah, kita berusaha bersungguh mencari jalan ke arah maksiat tersebut, kerana suara headphone yg kuat, sebaliknya suara akal kita tidak didengari menyebabkan kita tidak mampu berfikir secara rational, apatah lagi menentukan haram halal.

Tidak hairanlah dalam islam, menyarankan kita supaya sentiasa solat dan berzikir. Supaya apabila manusia dalam keadaan lemah, dia berlindung dari bisikan halus ini. Malah kalau dilihat timing waktu solat adalah sangat cantik, sesuai dengan urusan manusia. Subuh adalah masa untuk manusia mengingatkan kembali tujuan dan sebab utama kita sebagai manusia, apabila di pagi hari kita bekerja, kita tahu tujuan kita, dan apabila tibanya waktu zohor, ketika itu badan sudah kepenatan, diseru untuk zohor balik sebagai ssuatu bentuk refreshment, sebagai mengingati kembali tujuan dan kekal bertakwa. Apabila habis kerja adalah saat waktu asar, supaya lepas asar kita sentiasa ingat balik tujuan kita kembali dan bersedia merancang plan untuk malam. Cantiknya mahrib dan isyak dijadikan rapat2 supaya manusia melepaskan kepenatan, stress di ambang masjid, bermuhasabah diri, serta meletakkan diri di atas jalan istiqamah. Sekurang2nya melalui maghrib dan isyak, apabila manusia sudah diingatkan tujuan mereka, mereka terhindar dari keluar malam untuk maksiat, kerana ketika itu, waktu malam, org2 kafir keluar untuk berpesta, berdisko, minum arak, mencari pompuan. cantiknya perancangan Allah untuk manusia, tetapi kita mensia2kan perancangan ini.

Malah islam sendiri mengalakkan kita solat jemaah untuk lelaki. Hikmahnya adalah tidak lain supaya manusia menjauhi urusan dunia. Sebagai seorang lelaki bekerjaya, lelaki mana tak lari fikir dari soal kerjaya. Sebab itu dijadikan solat jemaah, supaya dalam perjalanan ke masjid, malah semasa menuggu waktu solat, soal2 dunia dapat diketepikan sementara. Dengan itu, solat itu menjadi lebih fokus. Soal dunia dapat dilupai semasa solat. Dan hal ini menjadikan solat lebih berkualiti malah menyebabkan dia dapat muhasabah dan beringat kembali tujuan hidupnya. Masakan sape di sini, boleh jamin dengan saya, solat boleh betul2 khusyuk bila solat sendirian

Apabila syaitan berjaya menyerang manusia, setiap maksiat tersebut akan membuat padah kepada manusia, malah akan melemahkan manusia. Apabila manusia itu gemuk, obesiti disebabkan kezalimannya dalam nafsu makan; dia lantas menghidapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kanser, maka bertambah lemahlah manusia itu dari segi fizikal. Dalam keadaan manusia lemah tersebut, maka syaitan terus lagi menyerang. Dibisikkan suara putus asa, suara sangka buruk terhadap tuhannya, malah dalam keadaan manusia fizikal sangat lemah, manusia tidak mampu berubadat. Dia tidak mampu mencari nafkah lalu hidupnya bergantung. Sedekah tidak dapat ditunaikan. Malah menjadi penyara keluarga tidak mampu. Apatah lagi untuk pergi solat secara jemaah, berpuasa, lantas ibadat2 tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana manusia lemah

Apabila sakit manusia sudah teruk, dan di mana ketika sakaratul maut telah tiba, syaitan menyerang sekali lagi. Kali ini dibisikkan manusia supaya keluar dari aqidah. Serangan kali ini lebih dasyat, dia menyamar sebagai manusia, menipu manusia sepertimana dia menipu adam supaya manusia itu keluar dari beriman

Begitu hebat taktik2 syaitan......dia menyerang tahap demi tahap. Sebagai renungan muhasabah, andaikata dlm keadaan sihat kita tidak mampu menangkis serangan syaitan lalu terperangkap dlm maksiat, apakah kita dapat menangkis serangan syaitan apabila kita di kala sakaratul maut, di mana keadaan itu kita dalam keadaan takut, keliru, tiada siapa dapat dijadikan rujukan nasihat, tiada masa untuk buka kitab2 motivasi atau quran, apakah ketika itu kita berupaya menangkis serangan syaitan? Barangkali cukuplah saya katakan, andaikata kita tidak menangkis serangan syaitan semasa kita sihat, barangkali ini dapat dijadikan kayu ukuran kita tak dapat menangkis serangan syaitan di sakaratu maut. Hanya Allah sahaja yg dapat menyelamatkan kita ketika itu. Benarlah kata Allah, manusia itu masuk syurga kerana rahmatNya
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Re: Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by thtl Sun Dec 30, 2012 11:45 pm

ketika kuat pun setan serang juga..
cthnya org bujang, org lone ranger..walaupun dia kuat, tapi org bujang ni mudah tergoda, org yg lone ranger pun mudah rebah juga berbanding dgn orang yg duduk dalam jamaah atau kelompok..he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Re: Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by NAZ Mon Dec 31, 2012 4:17 am

Dalam Masjid pun setan dok bisik dan goda...
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Re: Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by NAZ Mon Dec 31, 2012 4:41 am

Saya share article berikut :


http://productivemuslim.com/after-hajj-maintaining-spirituality/#more-4287

lihat item no 3, dicatitkan seperti berikut mengenai godaan syaitan yang tidak akan henti :

3. Keep pelting for life
Remember the spiritual significance of pelting the jamaraat. After shaytaan was humiliated on the day of Arafah, he’s even more determined to corrupt you now that you’re back home. So, just as you stoned Shaytaan in those days, whenever you notice his whisperings/temptations coming to you back home, repeat that pelting in your mind: you chased him away on Mina, and you can do it again now too.

WSLM
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Re: Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by Mohd. Ikram Sun Jan 06, 2013 5:01 pm

tapi mujur Allah bagi kita peluang untuk bertaubat, walau buat salah bnyak kali, ulang-ulang, asyik2 kena serang setan... so, bertaubatlah tanpa jemu2..

"Kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaanNya"...
Mohd. Ikram
Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Syaitan menyerang di kala manusia lemah Empty Re: Syaitan menyerang di kala manusia lemah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum