BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

5 posters

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Mon Apr 15, 2013 1:18 pm

First topic message reminder :


22 Positive Habits of Happy People
By Dr Joseph Mercola, Illinois, USA
atau
22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia
oleh Dr Joseph Mercola, USA

What’s the secret to being happy? You can learn how to do it, just as you can learn any other skill. Those who are happy tend to follow a certain set of habits that create peace in their lives; if you learn to apply these habits in your own life, there’s a good chance you’ll be happy too.
Terj:
Apakah rahsia mendapatkan kebahagiaan? Anda boleh belajar mendapatkannya sepertimana anda belajar (mendapatkan) kemahiran2 yg lain. Mereka yg gembira didapati mengamalkan satu kumpulan tabiat yang mendatangkan keamanan dalam hidup mereka; jika anda belajar mengaplikasikan tabiat2 tsb dalam kehidupan anda sendiri, anda kemungkinan cerah anda juga akan bergembira.

1. Let go of grudges
Forgiving and forgetting is necessary for your own happiness, as holding a grudge means you’re also holding onto resentment, anger, hurt and other negative emotions that are standing in the way of your own happiness. Letting go of a grudge frees you from negativity and allows more space for positive emotions to fill in.
Pertama: Membuang Kebencian (الحقد)
Memberi kemaafan dan mengabaikan adalah perlu demi kebahagian anda kerana menyimpan kebencian bermakna anda menyimpan rasa geram, marah, luka dan pelbagai emosi negatif yg menghalang laluan kegembiraan anda sendiri. Melepaskan perasaan benci akan melepaskan anda dari sifat2 negatif dan membuka ruang untuk perasaan emosi yg positif memenuhinya.

Sifat Kebencian dalam Islam
Terdapat hadis:
إن الله يطلع على عباده في ليلة النصف من شعبان ، فيغفر للمؤمنين ، و يملي للكافرين ، و يدع أهل الحقد بحقدهم حتى يدعوه

الراوي: أبو ثعلبة الخشني المحدث:الألباني - المصدر:صحيح الجامع- الصفحة أو الرقم:1898
خلاصة حكم المحدث:حسن
terj:
Sesungguhnya Allah meninjau hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, mengampuni orang mukmin, membiarkan orang kafir dan meninggalkan orang yg dipenuhi kebencian (dendam kesumat) hingga dia membuangnya."
dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahihul Jaami'. mo 1898.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down


22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Sun May 12, 2013 9:28 am

18. Exercise
Exercise boosts levels of health-promoting brain chemicals like serotonin, dopamine, and norepinephrine, which may help buffer some of the effects of stress and also relieve some symptoms of depression. Rather than viewing exercise as a medical tool to lose weight, prevent disease, and live longer – all benefits that occur in the future – try viewing exercise as a daily tool to immediately enhance your frame of mind, reduce stress and feel happier.
Tabiat #18: Bersenam
Bersenam merangsang tahap (peningkatan) kimia otak yang menggalakkan kesihatan spt serotonin, dopamin dan norepinprine (sila google search), yang mampu menampan sebahagian kesan stress (tekanan) dan juga melegakan sebagian gejala kemurungan. Daripada melihat bersenam sebagai alat perubatan untuk mengurangkan berat badan, menghalang penyakit dan ke arah hidup lebih lama – semua manfaat yang berlaku di masa depan-cuba lihat bersenam sebagai alat harian untuk segera merangsang kotak minda anda, mengurangkan stres (tekanan) dan menjadikan anda lebih gembira.
Bersenam dari Sunnah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
Terj: Dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah saw bersabda: 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala daripada orang mukmin yang lemah' (HR Muslim no 4816, lidwa)
وَقَالَ ارْمُوا وَارْكَبُوا وَلَأَنْ تَرْمُوا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ تَرْكَبُوا كُلُّ مَا يَلْهُو بِهِ الرَّجُلُ الْمُسْلِمُ بَاطِلٌ إِلَّا رَمْيَهُ بِقَوْسِهِ وَتَأْدِيبَهُ فَرَسَهُ وَمُلَاعَبَتَهُ أَهْلَهُ فَإِنَّهُنَّ مِنْ الْحَقِّ

Dari Abdullah bin 'Abdurrahman bin Abu Husain, berkata, kemudian baginda saw bersabda: "(gemarlah berlatih) melempar dan berkendara. Sungguh, kalian melempar lebih aku sukai dari pada kalian berkendaraan. Setiap permainan yang dilakukan oleh seorang laki-laki muslim adalah batil kecuali latihan dia melempar anak panah dengan busurnya, atau pengajarannya terhadap kuda tunggangannya, atau senda guraunya dengan isterinya, karena sesungguhnya itu semua termasuk kebenaran." HR Trmidzi, no 1562 lidwa, hasan sahih (وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ )
حَدَّثَنَا عُمَرُ أَبُو حَفْصٍ الْمُعَيْطِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ وَأَنَا جَارِيَةٌ لَمْ أَحْمِلْ اللَّحْمَ وَلَمْ أَبْدُنْ فَقَالَ لِلنَّاسِ تَقَدَّمُوا فَتَقَدَّمُوا ثُمَّ قَالَ لِي تَعَالَيْ حَتَّى أُسَابِقَكِ فَسَابَقْتُهُ فَسَبَقْتُهُ فَسَكَتَ عَنِّي حَتَّى إِذَا حَمَلْتُ اللَّحْمَ وَبَدُنْتُ وَنَسِيتُ خَرَجْتُ مَعَهُ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَقَالَ لِلنَّاسِ تَقَدَّمُوا فَتَقَدَّمُوا ثُمَّ قَالَ تَعَالَيْ حَتَّى أُسَابِقَكِ فَسَابَقْتُهُ فَسَبَقَنِي فَجَعَلَ يَضْحَكُ وَهُوَ يَقُولُ هَذِهِ بِتِلْكَ

(AHMAD - 25075) : Dari Aisyah berkata; "Saya pergi bersama Nabi saw dalam salah satu perjalanannya sementara aku ketika itu wanita yang kurus dan tidak gemuk badannya. Beliau berkata kepada orang-orang; 'Majulah! ' mereka pun maju. Beliau berkata kepadaku; 'Kemarilah kepadaku, aku akan mengajakmu lomba berlari dan aku berjaya memenanginya.' Beliau mendiamkanku hingga ketika tubuhku menjadi berisi, saya lupa bahwa saya pernah keluar bersama beliau dalam salah satu perjalanannya kemudian beliau menuturkan kepada orang-orang; 'Majulah.' Mereka pun maju. Lalu beliau berkata; 'Kemarilah, hingga aku mengajakmu lomba lari.' Awalnya aku mendahului beliau, tapi kemudian beliau mendahuluiku sehingga membuat beliau tertawa dan berkata; 'Ini nak balas yang dulu'." Penilaian al-Albani : sahih, adab al-Zifaf, ms 204
(الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث:الألباني - المصدر: آداب الزفاف - الصفحة أو الرقم: 204
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح )

وما رأيت أحدا أسرع في مشيته من رسول الله صلى الله عليه وسلم كأنما الأرض تطوى له
الراوي: أبو هريرة المحدث:أحمد شاكر - المصدر: مسند أحمد - الصفحة أو الرقم: 16/248
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
Terj: "Tidaklah aku melihat seseorang ketika berjalan lebih cepat dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, se akan-akan bumi dikecilkan baginya". (HR Ahmad, S. Ahmad syakir kata sahih isnad.)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Mon May 13, 2013 9:39 am

19. Live minimally
Clutter has a way of sucking the energy right out of you and replacing it with feelings of chaos. Clutter is an often-unrecognized source of stress that prompts feelings of anxiety, frustration, distraction and even guilt, so give your home and office a clutter makeover, purging it of the excess papers, files, knick knacks and other “stuff” that not only takes up space in your physical environment, but also in your mind.
Tabiat #19: Hidup Tersusun
Berselerakan ada jalan menyedut keluar tenaga dari anda dan menukarkannya dengan perasaan berkecamuk. Berselerak selalunya adalah sumber stress yang tidak dikesan yang menyebabkan perasaan kecemasan, kekecewaan, kebimbangan dan hingga rasa bersalah. Oleh itu kemaslah rumah dan pejabat anda, nyahkan kertas-kertas berlebihan (lama), fail-fail, perhiasan-perhiasan (lama) dan apa jua benda yang bukan saja mengambil ruang dalam persekitaran anda malah juga minda anda.
Kebersihan dari AQ:
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
AQS al-Baqara, 2:222 [Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menjaga kebersihan.]
وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
AQS at-Tawbah, 9:108 [Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang menjaga kebersihan]
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ
AQS Ali Imraan,3:110 [Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia]
Dari as-Sunnah:
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ

Terj: Dari Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Kebersihan adalah setengah atau satu cabang dari iman” (HR Muslim, no.328, lidwa, matan Arba’in an-Nawawiyah no.23.)
Ulasan:
Yang paling menonjol dalam bab kebersihan dan hidup tersusun ialah bangsa Jepun yang memperkenalkan konsep 5S kepada dunia yang diguna pakai di Malaysia oleh MPC (malaysian productivity Corporation) yakni Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), Shitsuke (Sentiasa Amal)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by Azamtekad Mon May 13, 2013 10:20 pm

Salam. Mohon share tuan. Terima kasih atas perkongsian ya Smile

Azamtekad
AHLI
AHLI

Posts : 159
Join date : 25/11/2011

http://kambinghalal.blogspot.com

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Mon May 13, 2013 10:30 pm

AT,

semua bahan kat forum kita tak ada copyright...free for distribution
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Mon May 13, 2013 10:41 pm

20. Be honest
Every time you lie, your stress levels are likely to increase and your self-esteem will crumble just a little bit more. Plus, if others find out you’re a liar it will damage your personal and professional relationships. Telling the truth, on the other hand, boosts your mental health and allows others to build trust in you.
Tabiat Orang yg Bahagia #20: Bersikap Jujur
Setiap kali anda berdusta, tahap stress anda besar kemungkinan akan naik dan harga diri anda akan memerai sedikit lagi. Tambahan pula, jika orang lain dapat tahu anda seorang penipu, ia akan merosakkan hubungan personal dan profesional anda. Bercakap benar pula, merangsang kesihatan minda anda dan mengizinkan orang lain membina kepercayaan terhadap anda.
Bersikap benar dan jujur ini merupakan intipati ajaran Islam dalam bab akhlak atau tasawwuf.
Menjauhi dusta dari al-Qur’an:

وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

AQS al-Jaatsiah, 45:7 [Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa]

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

AQS al-Rahman, 55:13 [Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?]

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

AQS at-Tawbah, 9:77 [Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga karena mereka selalu berdusta.]

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَأُوْلـئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ

AQS an-Nahl,16:105 Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta.]
Dari sunnah:
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَبُو الرَّبِيعِ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ أَبُو سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ


Terj: Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, beliau bersabda: "Tanda-tanda munafiq ada tiga; jika berbicara dusta, jika berjanji mengingkari dan jika diberi amanat dia khianat". (HR Bukhari, no 32, Lidwa, Ina)

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي مَنْصُورٌ قَالَ سَمِعْتُ رِبْعِيَّ بْنَ حِرَاشٍ يَقُولُ سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ

(BUKHARI - 103) : 'Ali berkata, "Nabi saw bersabda: "Janganlah kalian berdusta terhadapku (atas namaku), karena barangsiapa berdusta terhadapku dia akan masuk neraka." (HR Bukhari, no.103, kod Lidwa, Ina]

و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَرْمَلَةَ بْنِ عِمْرَانَ التُّجِيبِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو شُرَيْحٍ أَنَّهُ سَمِعَ شَرَاحِيلَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ أَخْبَرَنِي مُسْلِمُ بْنُ يَسَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنْ الْأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لَا يُضِلُّونَكُمْ وَلَا يَفْتِنُونَكُمْ

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Akan ada di akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadits-hadits kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya dan bapak-bapak kalian juga belum pernah mendengarnya. Maka kalian jauhilah dan mereka jauhilah. Mereka tidak bisa menyesatkan kalian dan tidak bisa memfitnah kalian." (HR Muslim, no 08, Lidwa)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Thu May 16, 2013 7:56 am

21. Establish personal control
Avoid letting other people dictate the way you live. Instead, establish personal control in your life that allows you to fulfill your own goals and dreams, as well as a great sense of personal self-worth.
Tabiat #21: Ujudkan kawalan personal
Elakkan dari orang lain menentukan cara anda hidup. Bahkan, tegakkan kawalan personal dalam hidup anda yang memungkinan anda memenuhi cita-cita dan impian anda dan juga sebahagian besar gerakrasa harga diri anda.
Kawalan diri dari AQ:
فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ
AQS al-Qalam, 68:08 [Maka janganlah kamu ikuti orang-orang pendusta]
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ
AQS al-An'aam,6:116 [Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.]
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ
AQS Ali 'Imraan, 3:159 [Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

AQS al-Maa'idah,5:54 [Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
AQS Fushshilat, 41:30 [Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".]
Kawalan diri dari Sunnah:
( قل آمنت بالله ثم استقم ) رواه مسلم)
Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (HR Muslim, Matan arba’in no.21)
فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس

Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. (HR Ahmad, Matan Arba’in no. 27)
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Terj: "Maka, hendaklah kalian berpegang dengan sunahku, sunah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bid'ah dan setaip bid'ah adalah sesat." HR Abu Daud, no.3991, lidwa
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Fri May 17, 2013 2:12 pm

22. Accept what cannot be changed
Everything in your life is not going to be perfect, and that’s perfectly all right. Happy people learn to accept injustices and setbacks in their life that they cannot change, and instead put their energy on changing what they can control for the better.
Tabiat #22 (Akhir): Terimalah apa yang tidak boleh diubah
Segala yang ada dalam hidup anda tidaklah akan menjadi sempurna, dan maka itu adalah biasa sebenarnya. Manusia yg gembira belajar menerima ketidakadilan dan rintangan2 dalam hidup mereka yang mereka tidak boleh ubah dan sebaliknya menumpukan tenaganya merubah apa yang boleh dikawal ke arah yang lebih baik.
Terima hakikat dari Al-Qur'an:
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

AQS at-Tawbah, 9:113 [Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.]
Nota: Allah menegur Nabi saw agar menerima hakikat Abu Thalib tidak dapat ditarik ke dalam agama Islam walaupun sekeras mana Nabi telah berusaha.
عَبَسَ وَتَوَلَّى
AQS Abasa, 80:01 [Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling]
Nota: Ia juga suatu teguran kpd Nabi saw agar menerima hakikat pengikut awalnya terdiri dari orang-orang kurang upaya dan miskin, namun ia tidak diterima oleh golongan bangsawan arab. Maka Allah suruh fokus kpd apa yg siapa yang ingin menerima tanpa mengira ras dan status.
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ

AQS al-Baqara, 2:06 [Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.]

Realiti perubahan Dari Sunnah:
قَالَ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Terj: Aisyah ra telah mengabarkan kepadaku bahwa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengamalkan suatu perkara yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak." (HR Muslim, no 3243 Lidwa, matan arba’in no 5)
Nota: Dalam agama (ibadah) tidak perlu lagi perubahan; yang boleh berubah ialah dlm urusan mu’amalat, politik dan kehidupan…tapi umat Islam kita, suka ubah apa yg ada dalam ibadah/syariah, tapi tak mahu melakukan perubahan dalam bidang selain itu...

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terj: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no 70, matan arba’in no.34)
Nota: ada sebahagian pejuang Islam sampai sanggup meletupkan dirinya untuk memusnahkan kelab-kelab malam atau hotel yg menempatkan non-muslim. Ini semua adalah tindakan untuk merubah keadaan tanpa melihat tahap kemampuan diri.
akhir kalam/Epilog
A Healthy Lifestyle Naturally Enhances Happiness
Gayahidup Sihat secara tabi’iy meningkatkan kegembiraan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by Solah Tue May 21, 2013 6:16 am

Alhamdulillah, dah tamat siri ni. Banyak manfaat saya dapat. Syukran jazilan.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by thtl Tue May 21, 2013 7:33 am

dah ada siri baru...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22 - Page 2 Empty Re: 22 Tabiat Positif Golongan yang Bahagia, Siri 1/22

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum